Kehidupan Awal (1863–1888) Swami_Vivekananda

Rumah pusaka Vivekananda

Kelahiran dan Zaman Kanak-Kanak

Nama asal Vivekananda ialah Narendranath Datta (disingkatkan kepada Narendra atau Naren). Nama lainnya semasa kecil ialah Vireshwar dan Biley. Beliau dilahirkan di rumah pusakanya di No.3, Gourmohan Mukherjee Street, Calcutta pada 12 Januari 1863. Ketika itu Kolkata menjadi pusat pemerintahan kerajaan British di India. Bapanya, Vishwanath Datta menjadi seorang peguam di Mahkamah Tinggi Calcutta. Bhuvaneshwari Devi, ibu Narendra ialah seorang wanita yang beriman. Selama bertahun-tahun, Bhuvaneshwari telah mengidamkan seorang anak lelaki. Selepas menunaikan sembahyang kepada Dewa Vireshwar (salah satu nama Dewa Shiva) di Kashi, Bhuvaneshwari mendapat seorang anak lelaki. Oleh itu, beliau menamakan anaknya sebagai Vireshwar. Orang Bengali menyebut Vireshwar sebagai Bireshwar. Singkatan untuk Bireshwar ialah ‘Biley’. Begitulah Vireshwar menjadi 'Biley'.

Narendra meminati kehidupan rohani sejak kecil lagi. Beliau suka bermain‘meditasi’ iaitu duduk dengan menutup matanya di hadapan patung dewa-dewi. Beliau juga amat tertarik dengan rahib-rahib dan golongan fakir.Narendra seorang kanak-kanak yang nakal dan cerdas. Bhuvaneshwari Deviberkata, “Saya berdoa kepada Dewa Shiva untuk mengurniakan saya seorang anak. Rupa-rupanya Dia telah memberikan saya salah seorang jembalang-Nya”.

Narendra mempunyai dua orang kakak, Swarnamayi dan Haramani dan seorang adik lelaki bernama Mahendranath dan seorang adik bongsu bernama Bhupendranath.

Pendidikan

Padatahun 1871, Narendra memasuki Metropolitan Institution yang ditubuhkan oleh Ishwar Chandra Vidyasagar.Beliau menuntut di sini sehingga keluarganya berpindah ke Raipur pada tahun 1877.Selepas keluarganya kembali ke Kolkata pada tahun 1879, Narendra mendaftar di Presidency College untuk menduduki peperiksaan kemasukan. Pada awal tahun berikutnya, Narendra memasuki General Assembly Institution (kini dikenali sebagai Scottish Church College) dalam jurusan sastera. Dia memilih ilmu falsafah barat, sejarah Eropah dan ilmu logik sebagai mata pelajaran utamanya. Mata pelajaran Sejarah adalah kegemarannya. 

Narendra juga mempelajari hasil-hasil penulisan Hume, Immanueal Kant, Spinoza, Hegel, Schopenhauer, Comte, Herbert Spenser, John Stuart Mill dan Charles Darwin dengan terperinci. Buku ‘Evolutionism’ oleh Herbert Spenser adalah kegemarannya dan dia juga sering berutus surat kepada Spenser. Ketika ini, Narendra telah menterjemahkan sebuah buku Spenser bertajuk ‘Education’ ke dalam bahasa Bengali. Selain itu, dia juga mengasah bakatnya dalam pelbagai bidang seperti muzik tradisional, sajak dan sukan.

Beliau juga menggemari sasteraHindu seperti kitab-kitab Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Ramayana, Mahabharata dan Purana. Selain itu, beliau juga seorang seniman yang terlatih dalam seni muzik India, danbeliau sering menyertai senaman fizikal, sukan dan sebagainya. Narendra juga mempelajari seni masakan daripada bapanya, Vishwanath Datta.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974